Followers

Monday, March 8, 2010

Puteri Ku...Nur Alya Amna



Inilah Permata Hatiku....Nur Alya Amna Bt. Faizul
Nur Alya Amna Bte. Faizul selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 15 mei 2006 pada pukul 3.45am..seberat 3.1kg..kini amna atau lebih mesra dipanggil kak long telah pun berusia 3tahun 10bulan...jika diizinkan tuhan insyallah kak long akan mula bersekolah tadika pada tahun hadapan...

Nureen nama panggilan daripada wan dengkil nya...entah macam mana pun aku tak tahu nama tue boleh melekat..kak long seorang budah yang aktif, tidak suka apabila diganggu oleh adik adiknya...bila menaggis suaranya boleh sakit telinga..nyaring sangat...kadang2 mendengar kata.lebih terkadangnya buat tak tahu je bila kita suruh...banyak sangat mulut..ada je benda yang nak dicakapkan...melawan pun boleh tahan...suka pada patung barbie..pantang jumpa patung tue nak beli...tahan nya tak lama..sekejap je...

Kak Long suka pada barang make up..mungkin juga minat make up nya datang daripada arwah moyangnya yang merupakan bekas mak andam dan mak mertua aku..begitu juga dengan kakak ipar aku yang suka bersolek...pantang nampak barang solek mula lah nak touchup mukanya....rimas jugak aku tengok..barang2 makeup aku habis dikerjakan nya...bagilah apa barang makeup pun pada kak long tahu je apa namanya..mana letaknya..kak long suka bersendirian...tak suka diganggu oleh adik2 nya..maklumlah adik pun semuanya lelaki..

sewaktu arwah suami ku ada...kak long memang terlalu rapat dgn ayahnya...kemana je pergi ayahnya pasti ada kaklong...tak pernah dimarah atau pun dijentik...kasih sayang ayahnya pada kak long membuatkan kak long lebih rapat dengan ayahnya...

tapi semua tue tak kan dapat kak long rasainya...kini kak long tiada ber ayah...yang tinggal hanya aku seorang ibu...kadang2 aku nampak riak wajahnya bila melihat kawan2 mesra dengan ayah mereka...tapi itulah hakikanya...insyallah kak long akan menjadi seorang budak yang mendengar kata...dan aku inginkan kak long berjaya didalam pelajaran dan kehidupan nya....doa ibu semoga kak long sentiasa dilindungi yang maha esa walau dimana pun kak long berada...ibu akan sentiasa menyayangi kak long untuk selamanya kerana kak long lah permata hati ibu dunia dan akhirat...

1 comment:

About Me

My photo
Dengkil, Selangor, Malaysia
seorang isteri..seorang ibu kpd 5org anak...mempunyai seorang puteri dan 4org putera...alhamdulillah sekarang kehidupan kami betul2 bahagia...i always love u all forever n ever...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Facebook Badge